Kesatuan Pelajar Kolej Melayu

Kesatuan Pelajar Kolej Melayu merupakan badan induk yang berfungsi sebagai medium peantaraan utama antara para ahlinya dengan pihak pentadbir. Pada sessi persekolahan 93/94 ini, para EXCO dengan sokongan penuh ahli-ahlinya giat berusaha bagi merealisasikan objektif kesatuan iaitu untuk mempertingkatkan lagi taraf kehidupan para kolejian melalui perbincangan dan perundingan dengan pihak pentadbir.

Sepanjang sessi ini, beberapa pertemuan telah diatur di antara wakil-wakil pelajar yang terdiri daripada EXCO KPKM dengan pihak pentadbiran bertujuan untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh para kolejian di samping menjaga kepentinga bersama pelajar dan pihak pentadbir. Antara perkara yang telah dibincangkan ialah penggantian sistem pemakanan yang sedia ada dengan sistem kaunter.

Projek utama yang telah dijalankan oleh Kesatuan pada sessi ini ialah mewujudkan Dataran Pemimpin yang berfungsi sebagai kawasan rekreasi para kolejian dan menambahkan keceriaan Kolej Melayu. Kos bagi pembinaan dataran ini dibiayai sepenuhnya oleh Datuk Effendi Norwawi, seorang murid tua kolej. Ia telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan beliau ke Kolej Melayu semepena Hari Anugerah Cemerlang. Kesatuan Pelajar juga telah mengadakan Pesta Makan Buah-Buahan Tempatan yang melibatkan seluruh warga kolej. Pesta ini sebagai tanda kesyukuran di atas kelancaran pergerakan kesatuan sepanjang sessi ini dan untuk mengeratkan lagi perhubungan seluruh warga kolej.

Kesatuan Pelajar melalui sekretariat-sekretariat yang bertindak sebagai badan pelaksana telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti yang telah dirancangkan oleh EXCO. Berikut disenaraikan aktiviti-aktiviti yang telah dijayakan oleh sekretariat-sekretariat yang berkenaan:

  • Menyelaraskan sambutan kedatangan para pelajar tingkatan 1 dan 4 baru
  • Mengendalikan majlis bersalam-salaman sempena sambutan Aidilfitri
  • Menyelaraskan sambutan Hari Guru
  • Menguruskan pendaftaran dan sambutan Hujung Minggu MCOBA
  • Menjalankan persiapan bagi majlis rasmi yang melibatkan kesatuan dengan kerjasama Kelab Karyaneka
  • Membantu menguruskan penginapan kontinjen-kontinjen SUKMA 94
  • Menguruskan penempatan murid tua sempena Hujung Minggu MCOBA
  • Mengemukakakn laproan tentang keadaan semasa asrama penginapan pelajar
  • Menyelaraskan aktiviti menderma darah semasa Hujung Minggu MCOBA
  • Merancang penubuhan Tabung Penyayang
  • Mengendalikan majlis minum petang semasa minggu orientasi tingkatan 4 baru
  • Mengendalikan majlis beramah mesra dengan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  • Menerbitkan Warta KPKM
  • Mengadakan liputan untuk upacara-upacara penting di kolej bagi Warta KPKM
  • Menguruskan penjualan T-Shirt Hujung Minggu MCOBA
  • Menguruskan penjualan T-Shirt 'cheering'
  • Penguruskan perbelanjaan dan pembelian cenderahati semasa Pesta makan Buah-Buahan Tempatan, Sambutan Hari Guru dan Hujung Miggu MCOBA
  • Membantu penyelenggaraan Larian dan permainan semasa Hujung Minggu MCOBA
  • Menganjurkan pertandingan bolasepak antara rumah senior dan junior

Secara keseluruhannya KPKM telah berjaya memainkan peranannya dengan sepenuhnya di bawah tunjuk ajar guru-guru penasihat serta sokongan padu ahlinya. Ucapan terima kasih ditujukan kepada Tuan Pengetua serta guru-guru penasihat atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan. Pernghargaan juga ditujukan kepada para kolejian kerana bersama-sama mencurahkan tenaga membantu kelancaran aktiviti kesatuan. Diharapkan agar peranan KPKM dapat diperluas dan mendatangkan kesan yang lebih mendalam pada masa yang akan datang.

Amer Azraen Rosman, Setiausaha Agung KPKM 93/94


[Back to koleq9094.com]
   Last update: 17th February 2001
   Email webmaster: ooiguankok@yahoo.com   
 
Terms & Conditions Webmaster Copyright © koleq9094.com 2000