Malay College Badge

Contents

. MAIN
. KOLEQ
. MEMBERS
. articles
. JOURNAL
. ALBUM
. LINKS
. ADS
Article

--------------------------------------

TITLE  : Kolej Melayu - Hakikat Mutakhir
AUTHOR : Anak Kolej
PAGE   : 3 of 5
Mungkin ada yang berpendapat bahawa saya terlalu prejudis dan ‘obsessed’ dengan kolej. Itu terpulang kepada saudara sekalian... Saya cuma merasakan bahawa pengendalian dan perjalanan kolej perlu perubahaan drastik...mungkin revolusi!

Kolejian semakin lupa akan martabat dan amanah yang mereka pikul, membuatkan mereka tidak ubah seperti pelajar sekolah sains yang lain. Di mana keunikan pelajar kolej apabila junior tidak lagi memberi salam kepada senior, apabila lebih ramai guru yang meminta untuk bertukar daripada yang memohon untuk ditukarkan ke kolej? Di mana letaknya undang-undang apabila hampir 27 orang pelajar Tingkatan 2 ponteng prep petang pada sesuatu masa? Apa komen kita apabila ada pelajar Tingkatan 5 yang lebih rela menghabiskan masa ‘berfoya-foya’ di Prep School pada malam peperiksaan percubaannya? Ini semua tidak pernah termaktub di dalam falsafah dan objektif Kolej Melayu... Malah, saya berani mengatakan bahawa lebih suku daripada pelajar Tingkatan 4 tidak tahu objektif dan falsafah Kolej Melayu.

Baru-baru ini saya ke London untuk meraikan teman yang baru sahaja tiba dari Italy. Sepanjang perbualan kami, ada seorang pelajar kolej yang melahirkan kekecewaannya terhadap layanan pelajar sekolah lain terhadap beliau. Ujarnya, dia sendiri tidak pasti apakah Kolej Melayu itu suatu blessing atau hukuman buatnya. Saya merasa sungguh terkejut, kerana sepanjang 7 tahun saya menjadi anak kolej, tidak pernah sedetik pun tanggapan itu melintasi fikiran saya. Namun saya tidak pernah salahkan beliau, hakikatnya, lebih ramai orang yang mencemuh dan mengasingkan pelajar kolej berbanding dengan yang cuba mengenali mereka. Ini hakikatnya; sebab itulah remaja-remaja seperti kami yang lebih kerap menyuarakan kebimbangan terhadap pencapaian kolej.... kerana kami jugalah yang sedang menerima bahananya.

 

Next Page


--------------------------------------

navigator
--------------------------------------

Page mastered by: Jures [http][e-mail] and Joe [e-mail]
Last Updated: 5th March 1997
Copyright JuresCorp and StoneInc 1996-1997