Malay College Badge

Contents

. MAIN
. KOLEQ
. MEMBERS
. articles
. JOURNAL
. ALBUM
. LINKS
. ADS
Article

--------------------------------------

TITLE  : Kolej Melayu - Hakikat Mutakhir
AUTHOR : Anak Kolej
PAGE   : 4 of 5
Pelajar kolej perlu diberikan imej dan identiti baru yang mereka bangga dan akan mereka pertahankan. Bukannya seluar pendek, bukannya cerita lama tentang ‘thoroughbred’, tentang ‘urban bred’....bukan tentang kampung.... bukan juga tentang babi atau beruk.... Itu semua sudah lapuk dan menjadi semakin keanak-anakan. Malah, Sekolah Seri Puteri pun mempunyai budaya ‘thoroughbrednya’ sendiri, di RMC pula; ‘7th Royal Thoroughbred’ ditulis besar-besar di dinding asramanya. Mungkin kita ada hak untuk berasa bangga dengan cerita ‘thoroughbred’ yang menjadi ikutan sekolah lain, namun apa gunanya kalau SSP sahaja yanag kerap menerima kunjungan wartawan dan menteri setiap kali keputusan PMR dan SPM diumumkan? Apa guna kita mempersoalkan tindakan MRSM Taiping yang menggunakan samping kita, jika kita semakin ditinggalkan ke belakang.

Ini cabaran kita.... Keadaan semasa mencabar kita untuk membentuk budaya baru kolej. Budaya yang akan memberikan pelajar kolej kebanggaan dan perserverance untuk terus maju. Rasanya, kita sebagai pelajar kolej lebih gemar mengongkong diri kita dengan dunia kolej. Ramai yang sibuk tentang ‘7 Knight Court’ dan ‘blood-brothers’ mereka daripada mengambil tahu bahawa suatu hari nanti, kitalah yang akan menjaguhi arena kebangsaan. Saya rasa semua ini tidak lagi relevan. Terlalu sedikit pelajar kolej kini ( dan di zaman saya sendiri ) yang ada rasa kebanggaan yang cukup tinggi terhadap Kolej Melayu, sehinggakan mereka sanggup bertungkus-lumus demi menaikkan nama Kolej Melayu. Begitu juga dengan guru, terlalu sedikit guru-guru kolej kini yang sama-sama berkongsi rasa bangga dan sense of belonging itu.

 

Next Page


--------------------------------------

navigator
--------------------------------------

Page mastered by: Jures [http][e-mail] and Joe [e-mail]
Last Updated: 5th March 1997
Copyright JuresCorp and StoneInc 1996-1997