Saya juga tertarik dengan cerita kebelakangan ini
tentang ada sesetengah murid tua yang acapkali kembali ke kolej. Bagi saya, itu
suatu perkara yang sangat baik. Pelajar kolej memang sepatutnya seringkali kembali
berbakti kepada kolej. Namun, semestinyalah keraguan akan timbul apabila hanya sesetengah
golongan pelajar sahaja yang mendapat perhatian mereka. Hanya Allah yang tahu
niat mereka, saya tidak pernah mahu membuat tanggapan sembarangan. Cuma, adalah lebih baik
jika kita sama-sama menggembleng tenaga untuk menyembuhkan sakit tua kolej.
Ini bukannya masa yang sesuai untuk memburukkan lagi keadaan dengan rumours
sebegini, sehingga ada yang mencadangkan agar kolej dibuka kepada kedua-dua jenis jantina. Mungkin
sudah lama juga saya berceloteh; eloklah jika saya noktahkan di sini. Acapkali saya
ucapkan semasa saya di Kolej Melayu dulu, "..... kita sebumbung, kita makan
nasi dari satu kawah, dan kita mandi dengan air dari suatu kolah.... kita bersaudara, maka
eloklah jika kita lakukan yang terbaik untuk Kolej Melayu.....".
Wassalam....
|