Malay College Badge

Contents

. MAIN
. KOLEQ
. MEMBERS
. articles
. JOURNAL
. ALBUM
. LINKS
. ADS
Article

--------------------------------------

TITLE  : Kolej Melayu - Hakikat Mutakhir
AUTHOR : Anak Kolej
PAGE   : 2 of 5
Lihat sahaja Oxford dan Cambridge, nama-nama yang sinonim dengan keunggulan. Walaupun dicabar hebat oleh gergasi teknologi seperti Imperial College, London; namun belum ada pihak yang berani mengumumkan bahawa Oxbridge kini tidak lagi unggul. Bilangan calon yang memohon ke Oxbridge semakin meningkat setiap tahun.

Berbeza pula dengan Kolej melayu, setiap tahun semakin ramai pelajar pintar yang lebih gemar memilih MRSM berbanding tiang-tiang Graeco Roman yang semakin pudar di Kuala Kangsar. Pada tahun 1991, hampir 25% daripada pemegang biasiswa kerajaan merupakan pelajar lepasan kolej; lebih banyak daripada jumlah pemegang biasiswa daripada seluruh MRSM di Malaysia. Apa pula ceritanya sekarang? Teman sekampung saya yang kini berada di MSM Kuantan menceritakan bahawa Kolej Melayu tidak pernah wujud di maktabnya... tiada siapa yang tahu apa itu Kolej Melayu. Apakah ini ‘seasonal phenomena’; atau ia tanda bahawa suatu hari nanti, orang akan memilih Clifford dan tidak lagi MCKK.

Saya kembali ke kolej beberapa ketika yang lalu untuk melihat dan menilai sendiri ( bagi kepuasan peribadi ) sejauh manakah ‘suntikan’ Kementerian Pendidikan memberi kesan kepada kolej. Secara peribadi, apa yang saya lihat tidak ubah seperti sebuah sekolah yang hanya berpura-pura kepada dunia luar bahawa segalanya berjalan lancar, sedangkan di dalamnya ia tidak ubah seperti sebuah masyarakat pelajar yang sangat kurang berdisiplin. Kenapa kita perlu berpura-pura dan cuba menyembunyikan ‘kedut dan kudis’ penyakit tua tadi? Apakah kolej perlu dikurung di dalam kandangnya semata-mata? Apakah kita perlu menanggung derita dengan berpura-pura? Terus-terang saya katakan, saya tidak lihat sebarang perubahan di kolej.... apa yang saya lihat adalah sebuah lagi sandiwara Kolej Melayu....

 

Next Page


--------------------------------------

navigator
--------------------------------------

Page mastered by: Jures [http][e-mail] and Joe [e-mail]
Last Updated: 5th March 1997
Copyright JuresCorp and StoneInc 1996-1997