Malay College Badge

Contents

. MAIN
. KOLEQ
. MEMBERS
. articles
. JOURNAL
. ALBUM
. LINKS
. ADS
Article

--------------------------------------

TITLE  : Kolej Melayu - Hakikat Mutakhir
AUTHOR : Anak Kolej
PAGE   : 1 of 5
Kurang sepuluh tahun dari sekarang, Kolej Melayu akan mencecah usia 100 tahun. Umur 100 tahun mungkin tidaklah segah mana bagi kebanyakan institusi lain, namun bagi Kolej Melayu, tempoh tersebut merupakan bayangan awal hala tujunya dalam abad 21. Saya sendiri berpendapat bahawa kita tidak perlu menunggu usia kolej mencecah 100 tahun untuk mencongak peranan dan pencapaiannya dalam abad akan datang, mungkin umur 80 tahun sudah cukup untuk mendedahkan ‘kedut-kedut’ dan ‘kudis’ Kolej Melayu. Hakikatnya, Kolej Melayu kini semakin tua dan banyak pula ‘sakit tua’ yang dihidapinya. Persoalan sekarang ialah setakat mana kita mahu menerima hakikat ini, dan setakat mana pula kita mahu mengubatinya.

Saya tidak pernah percaya bahawa pencapaian dan kegemilangan sesebuah institusi itu adalah berkadar songsang denganaa usianya. Bagi saya, perkara sebaliknyalah yang acapkali berlaku. Lihat sahaja Eton, kolej prestij yang pernah dianggap sebagai ‘saudara kembar’ Kolej Melayu. Eton telah ditubuhkan sebelum kota A Famosa di Melaka didirikan, ia juga terpaksa menghadapi cabaran sengit daripada ‘public schools’ yang lain sepanjang 500 tahun usianya. Namun, Eton masih lagi dianggap sebagai yang terbaik, masih lagi mengeluarkan tokoh-tokoh antarabangsa, apatah lagi barisan kepimpinan United Kingdom.

 

Next Page


--------------------------------------

navigator
--------------------------------------

Page mastered by: Jures [http][e-mail] and Joe [e-mail]
Last Updated: 9th December 1996
Copyright JuresCorp and StoneInc 1996